song

Sunday, 20 March 2016




Nasi Ala Kak Wook Bahan-bahan Gulai Ayam:

1 ekor ayam -dipotong kecil
25 gm atau 2 sudu besar rempah kari ayam (cap Orang Terbang @ apa-apa jenama)
300 ml santan

1400 ml air
5 biji lada kering -dikisar
Air Asam jawa/ asam keping secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak untuk menumis

Bahan Tumis (A):
1 tangkai daun kari -dilurut (ikut cita rasa)
5 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
3 sekawan rempah bunga lawang kulit kayu manis buah pelaga

Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana, tumis bahan-bahan A sehingga garing dan naik bau.
2. Kemudian masukkan lada kering yang dikisar dan rempah kari. Kacau dan masak hingga pecah minyak.
3. Selepas itu, masukkan ayam berserta dengan air secukupnya. Kacau dan masak hingga sebati.
4. Masak hingga mendidih dan diperlahankan api, masukkan santan, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, biarkan seketika hingga menggelegak dan masuk kan ubi kentang, masak hingga pulih.
5. Perasakan dengan gula dan garam, kacau sebati dan biarkan selama lima hingga 10 minit dengan api perlahan.
6. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Bahan-bahan ayam kunyit:

Ayam dipotong kecil
4 batang kacang panjang -dipotong 2 inci (jika suka)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris nipis
2 senduk minyak masak

Cara memasak:

1. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama lima minit.
2. Panaskan minyak dan goreng di atas api yang besar.
3. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus.
4. Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang.
5. Hidangkan ayam goreng bersama nasi putih, gulai ayam dan juga sambal.  

Nasi Ala Kak Wook Bahan-bahan Gulai Ayam: 1 ekor ayam -dipotong kecil 25 gm atau 2 sudu besar rempah kari ayam (cap Orang Terbang @ ...